BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 15, 2010

Pada 13 March 2010 SR113 part 2 Kolej Shahputra sekali lagi  menyertai camp (expose de scene) untuk subjek outdoor recreational di Kg Jahang Gopeng Perak..kami telah digabungkan bersama UITM Shah Alam,UITM Jengka dan INSTED..Sebelum ke camp side di Gopeng Perak  kami semua dikuarantin di UITM Shah Alam semalaman..Pada 14 March kami bersama 4 buah bas UITM telah bertolak dari Shah Alam ke camp..


Sampai di camp side kami diberi tugas untuk membersihkan kawasan sekeliling camp site sebelum mendirikan khemah pusat,khemah dapur dan khemah peralatan..kami bertungkus lumus untuk menerangkan semak samun..kerja2 ini mengambil masa yang agak lama untuk dibereskan..Walaupun ia menggambil masa sehingga ke larut malam untuk siap kami tetap tidak berputus asa untuk menyiapkan..Aktiviti pertama kami bermula pada pukul 12 iaitu orientaring...kami terpaksa menghadapi pelbagai cabaran untuk menyiapkan aktiviti tersebut..apabila selesai baru kami dibenarkan berehat..


Pada keesokan harinya,Aktiviti kami ialah tubing..aktiviti ini adalah salah satu daripada aktiviti air..aktiviti ini memerlukan tube untuk peserta  duduk diatasnya dan mengikut arus laluan air..kepakaran menggunakan tangan sebagai alat pendayung diperlukan bagi mengawal arah tuju..


aktiviti yang kedua pada ptg itu ialah low rope..melalui aktiviti ini kami dapat memperkukuhkan kemahiran ikatan..kami telah membuat beberapa halangan untuk kami lalui..walaupun agak sukar dan membahayakan kami tetap berusaha untuk menghadapi halangan tersebut..


Pada hari ketiga,aktiviti kami ialah survival.. aktiviti ini cukup mencabar mental dan fizikal..kami terpaksa sara hidup di dalam hutan dengan hanya berbekalkan beberapa genggam beras.ubi kentang,tepung, garam, dan biskut beberapa keping.kami terpaksa mendirikan sendiri khemah sebagai tempat perlindungan ..pada  malam di dalam hutan tersebut pelbagai kejadian yang tidak pernah alami dapat kurasakan..Kejadian2 pada malam itu telah mencabar keimanan aku..namun,dengan izin Allah aktiviti itu berakhir dengan selamat..


Pada hari keempat aktiviti kami  adalah caving..melalui aktiviti ini kami telah masuk ke dalam gua..pelbagai tinggalan sejarah yang kami dapat perhatikan dalam gua ini..di sini kami dapat mengetahui bagaimana askar-askar komunis hidup..


Aktiviti terakhir kami  pada hari keempat  adalah aktiviti camp craft..kami perlu mengemaskan dan mencantikkan camp side kami berdasarkan kreativit kami..Kami telah dapat mencipta beberapa peralatan dengan menggunakan buluh..


Hari terakhir kami di Gopeng Perak kami perlu mengemas tapak perkhemahan untuk pulang..apabila selesai kami semua bertolak balik ke UITM Shah Alam..kami telah tiba disana pada malam hari..Dan pada malam itu juga kami telah membuat BBQ dan diberikan tugasn untuk membuat persembahan berkumpulan..


Pada keesokkan hari merupakan hari kemuncak kami  di expose de scene..kami bekerjasama membasuh alat-alat yang digunakan semasa di camp..Apabila selesai semuanya kami telah berkumpul untuk majlis penutup dan dibenarkan untuk pulang..


Banyak yang aku pelajari daripada camp ini..Insyaallah, dengan pengalaman yang aku dapat aku akan aplikasi kn di dalam kelas atau dimana sahaja..EXPOSE DE SCENE TERBAIK!!









0 comments: