BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 4, 2010

FIRST CAMP

Pada 29 February 2010 SR113 part 2  telah menyertai first camp yang merupakan subjek outdoor recreation di Hutan Simpan Sri Gading Jengka..kami telah digabungkan bersama UITM Shah Alam,UITM Jengka dan INSTED..Sebelum bertolak,ketua koordinator SR113 memberi sedikit ucapan dan kata2 semanagat kepada kami...




Perjalanan ke sana mengambil masa selama 3 jam..sampai di UITM Jengka kami bersiap untuk sembahyang jumaat. selepas itu,kami semua berkumpul untuk tracking msk ke Hutan Simpan Sri Gading..Kami mengambil masa selama 1 jam lebih untuk sampai ke tapak perkemahan...



Sampai ditapak perkhemahan kami bersama2 menyiapkan camp site..walaupun proses mendirikan khemah pusat,penempatan dan dapur mengambil masa yang lama tapi kami tetap berusaha untuk menyiapkan nya walaupun sampai ke malam.. akhirnya semua proses mendirikan khemah berjaya disiapkan..selepas itu kami bersama2 makan malam..ini lah kali pertama aku terpaksa makan di dalam dulang seramai 6 orang..ini lah pengalaman yang xdapat aku lupakan..kami dimarahi dan didenda oleh instructor kerana tidak meghabiskan makanan..kami telah direndam ke dalam kolam yg air dan bau nya boleh memukau sesiapa saja yang masuk ke dalam nya...






Pada hari kedua camp tersebut kami telah menjalankan aktiviti camp craft,orientaring dan jungle tracking..sepas senaman pagi aktiviti kami ialah ialah orientaring..kami telah diajar cara2 menggunakan kompas dgn betul..aktiviti seterusnya ialah jungle tracking..kami dibawa merentasi Hutan Simpan Sri Gading.Sewaktu perjalan tersebut kami diberi penerangan untuk Survive di dalam hutan apabila tersesat..selepas itu,kam meneruskan lagi aktiviti dengan membuat camp craft..kumpulan 7 adalah kumpulan terbaik kerana membuat camp craft dengan bergaya sekali...sekali lagi kami direndam dalam kolam kerana ada diantara kawan2 kami tidak menutup khemah semasa aktiviti dijalankan..ini telah menjadi pengajaran kepada kami supaya sentasa mengingati antara satu lain..



Siang  telah pun melabuhkan tirainya..seterusnya selpas makan malam kami telah diberikan pendedahan tentang ikatan.selepas itu aktiviti pada tengah malam  adalah night walk..kami telah di bawa masuk kedalam hutan beramai2 dan dilepaskan seorang demi seorang untuk balik semula ke tapak perkhemahan..aktiviti ini yang paling mencabar keimanan aku kerana terpaksa berjalan seorang diri didalam hutan dengan berbekalkan cahaya bulan yang samar2..aku bersyukur kerana dapt melepasi ujian2 tersebut dan sampai ke tapak perkhemahan dengan selamat..




Pada hari ketiga selepas senaman pagi kami telah menjalankan aktiviti seterusnya iaitu blind trail..aktiviti ini banyak memberi pengajaran kepada aku..pentingya seorang insan yang digelar kawan..ini kerana dalam mata tertutup aku perlu mencari kawan aku dan bersama sama pulang ke tapak perkhemahan..dalam aktiviti ini,strategi diperlukan untuk mencari ahli kumpulan aku..aku perlu mendengar arahan fasilitator dan instructor..walaupun mereka 'sycho' aku tetap yakin dengan panduan dan arahan yang diberikan..mereka ibarat guru yang membimbing pelajarnya..








aktiviti terakhir kami adalah mengemas tapak perkhemahan untuk bersiap sedia untuk pulang..
kami berkumpul untuk pulang ke kuantan..walaupun penat,wajah2 kami tetap ceria kerana pengalaman yang kami dapat di SPIRIT CAMP!!

0 comments: